AQIQAH

AQIQAH
Jualan aqiqah di MZ Mutiara Emas adalah sepanjang tahun.
Pihak kami menyediakan stok
ternakan pelbagai saiz dan boleh
diperolehi sepanjang tahun untuk kemudahan para pelanggan.
Para pelanggan boleh membuat
tempahan dengan menghubungi kami melalui telefon/email atau datang terus ke
pusat-pusat jualan kami untuk memilih ternakan yang diperlukan. Harga yang
ditawarkan adalah berpatutan dan mengikut kemampuan pelanggan.
Pengertian
Aqiqah
Aqiqah adalah merupakan
Sunnat Muakkad, iaitu ibadat yang sangat-sangat dituntut kepada wali yang
menjaga bayi tersebut.
Dalil
Aqiqah
Dalil sunatnya ialah
perbuatan Rasulullah s.a.w melakukan aqiqah, begitu juga para sahabat r.a.
Dari Salman bin Amir
Ad-Dhobbi r.a katanya, aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,“Bersama bayi
itu ialah aqiqahnya, maka tumpahkanlah darah untuknya dan tanggalkan
daripadanya perkara yang menyakitkan iaitu kekotoran dan najis”. (5154).
Waktu
Aqiqah
Bermula waktu diharuskan
menyembelih aqiqah dengan keluarnya semua tubuh bayi dari dalam rahim ibunya.
Kalau ia disembelih sebelum sempurna keluarnya bayi maka ia tidak dapat
dianggap aqiqah, ia dianggap daging biasa dan tidak mendapat sunat aqiqah.
Waktu sunatnya berterusan
sehingga balighnya bayi itu. Setelah baligh, bapanya tidak lagi dituntut untuk
melakukannya dan lebih baik dia melakukan untuk dirinya sendiri sebagai
memenuhi perkara yang telah tertinggal.
Namun sunat yang dituntut
ialah melakukan aqiqah pada hari ketujuh daripada kelahiran bayi. Dalilnya
hadis riwayat Abu Daud dan selainya daripada Samrah r.a katanya, Rasulullah
s.a.w bersabda, “Bayi itu di tebus (tergantung) oleh aqiqahnya, disembelihkan
ia pada hari ketujuh, dan pada hari itu diberikan nama serta dicukur
rambutnya”.
Maksud ditebus oleh aqiqahnya
ialah pembesarannya dalam keadaan baik dan penjagaannya akan sempurna
bergantung pada sembelihan untuknya. Dinyatakan juga ia bermakna dia tidak
boleh memberi syafa’at kepada kedua ibubapanya jika tidak disembelihkan aqiqah
untuknya.
Hikmah
Aqiqah
Melambangkan kegembiraan
dengan nikmat Alah s.w.t yang menyenangkan kelahiran dan mengurniakan anak
kepada kedua ibubapa. Anak itu amat disukai oleh pasangan ibubapa, maka
sepatutnya dibuktikan kesyukuran kepada pengurniaan dan pemberian nikmat.
Firman Allah,
“Dan jika kamu bersyukur,
nescaya ia meredhai bagimu kesyukuran itu.”
(As-Zumar: 7)
“Demi sesungguhnya jika kamu
bersyukur nascaya Aku akan tambah untuk kamu.” (Ibrahim: 7)
“Harta benda dan anak pinak
itu, ialah perhiasan hidup di dunia.”
(Al-Kahfi: 46)
2. Memudahkan pengisytiharan
berita melahirkan anak dan menyebarkannya kerana berita ini perlu diistihar dan
disebarkan agar jangan lahir
cerita yang tidak diingini, aqiqah adalah jalan terbaik untuk itu.
3. Menyuburkan sifat pemurah
dan baik hati dikalangan manusia dan melanggar hasutan nafsu yang mengajak
kepada sifat bakhil.
Firman Allah,
“Sedang sifat bakhil itu
memang tabiat semulajadi yang ada pada manusia.” (An-Nisa: 128)
“Dan sesiapa yang menjaga
dirinya dari kebakhilan, maka mereka itulah orang-orang yang berjaya.”
(Al-Hasyr: 9)
4. Merapatkan hati keluarga,
kerabat, kawan dan orang miskin dengan menghimpunkan mereka untuk makan. Dengan
berhimpunnya mereka di atas satu hidangan wujudlah kemesraan, kasih sayang dan
persaudaraan. Islam adalah agama mesra, kasih sayang dan persaudaran.
No comments